Islamic Widget

Friday, January 22, 2010

Bahana Remehkan Solat

Terjemahan Hadith:

"Sesiapa yang meringan-ringankan atau meremehkan sembahyang akan menimpa ke atasnya 15 perkara:

# 6 perkara di dalam dunia;
a)Dicabut keberkatan daripada umurnya.
b)Dicabut keberkatan pad rezekinya.
c)Dihapuskan tanda-tanda orang soleh pada mukanya.
d)Tiap-tiap amalan yang dikerjakan tidak diberikan ganjaran pahala oleh Allah.
e)Tidak mendapat bahagian doa daripada orang-orang soleh.
f)Doanya tidak diangkat ke langit.

# 3 perkara ketika mati;

a) Matinya dalam kehinaan.
b)Matinya dalam keadaan terangat lapar.
c)Matinya dalam keadaan tersangat dahaga.

# 3 perkara ketika di dalam kubur;
a)Dihimpit oleh kubur sehingga berselisih dan hancur tulang-tulang rusuknya.
b)Dinyalakan api di dalam kuburnya, bergelimpanganlah di dalam api siang dan malam.
c)Didatangi kepadanya ular bernama " Syuja'ulaqra'".

# 3 perkara ketika bangkit dari kubur;
a)Diberatkan hisabnya.
b)Allah murka kepadanya.
c)Akan dimasukan ke dalam neraka.

Petikan daripada : Kitab Tanbihul Ghafilin

Sunday, December 27, 2009

HIBURAN MELAMPAU PEMUSNAH GENERASI MUDA
OLEH: Ust. Zainudin Hashim
ustazzain@harakah.net.my

Bidang hiburan adalah medium paling digemari segenap lapisan masyarakat, tidak kira warga tua, muda, lelaki, perempuan, Melayu, India, Cina, Mat Saleh, apa pun bangsa di dunia mempunyai budaya hiburan tersendiri hingga terdapat dalam kalangan mereka yang sanggup berbunuh-bunuhan kerana mempertahan budaya atau hiburan kesukaan mereka.
Kadang-kadang terdapat insane Muslim turut mempertahankan budaya atau bidang hiburan mereka walaupun ia salah pada pandangan hukum syara’. Hukum bagi mereka tidak akan kemana, pencapaian lebih diberi keutamaan daripada hukum syara’, ini bukan cakap kosong, realitinya begitu, justeru penganjuran hiburan mendapat keizinan pihak berkuasa.

Islam sama sekali tidak mengharamkan hiburan, asalkan ia memelihara adab-adab serta akhlak ketika berhibur, dalam erti kata artis, wanita boleh menyam[paikan hiburan kepada sesama sejenis mereka adalah menjadi keutamaan daripada menyampaikan hiburan kepada lelaki bukan mahramnya.

Apapun yang terbaik pelaksanaan serta penganjuran hiburan telah dibuktikan sediri oleh baginda s.a.w. periistiwa Israk Mikraj menjadi pengukur kepada konsep hiburan yang berorientasikan keagamaan. Peristiwa tersebut berlaku setelah baginda Rasulullah dikhabarkan dengan kematian 2 manusia hebat dalam mempertahankan dakwah selama 13 tahun di Makkah iaitu pak cik Nabi bernama Abu Talib dan isteri baginda iaitu Sayidatina Khadijah.

Setahun sebelum penghijrahan baginda ke Madinah sebagai destinasi terakhir, baginda telah diperjalankan oleh Allah swt melalui satu program hiburan kerana terdapat pandangan ulama’’ sirahmenyebut bahawa baginda diperjalankan pada malam Israk dan Mikraj sebagai satu hiburan bagi menghilangkan rasa gundah dulana dengan perkhabaran kematian Abu Talib dan Sayidatina Khadijah.

Bagaimanapun, perjalanan itu merupakan program masjid ke masjid iaitu dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, hiburan yang dipilih oleh Allah ke atas Nabi Muhammad .a.w. itu adalah satu bentuk hiburan berbentuk agama, iaitu hubungan kedua-dua masjid dengan Isslam merupakan kiblat umat Islam yang pertama dan kedua.

Tetapi apabila kita menilai semula pengannjuran program hiburan dalam tanah air kita boleh kategorikan pelbagai dimensi yang berlainan yang menunjukkan para pencipta program itu tidak ketandusan idea, ada sahaja idea mereka yang dilontarkan kepada masyarakat yang diterima baik sebagai hiburan yang memuaskan hati.

Tuesday, November 17, 2009

Salam Kembali

Assalamualaikum...
Salam kembali menjengah ke blog...
Sudah lama Syed(saya) x menjengah ke blog sendiri setelah beberapa minggu berada dalam medan pertempuaran penentu kejayaan. Bukan bertempuran apa pun, pertempuaran dalam final exam je... jadi dah lama la syed x update maklumat dalam ni...

semalam 17 Nov 2009 dah tamat final, hari ni sepatutnya dah nak balik kampung tapi nak wat camne hujan, terpaksalah ditunda... hehe...

Syed ambil kesempatan ni nak jengaah ke blog jap maklumlah kat rumah jarang pergi CC main Internet, n jugak nak ucapkan

"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN/ AIDIL ADHA"

Friday, October 23, 2009

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH



Sesi petama program pengurusan jenazah:
perkara yang perkaitan dengan pengurusan jenazah, sebelum kematian (nazak), pengurusan selepas kematian.




sesi kedua amali/praktikal pengurusan jenazah






salah seorang peserta kursus menjadi model jenazah semasa praktikal.


Friday, October 9, 2009

Forum Agama: Mengapa masa umat hari ini bersama Allah terlalu singkat?

Forum Agama: Mengapa masa umat hari ini bersama Allah terlalu singkat?


Ustaz Zainudin Hashim


Allah SWT ada menegaskan dalam satu surah pendek tetapi penuh dengan perkara tersirat di dalamnya yang telah diketahui umum sebagai surah “Masa” ataupun “Al-Asr”, ia perlu diteliti dan dirungkai secara bijak dan saksama, apa yang berlaku ia tidak dikaji dan difahami secara serius oleh umat Islam hari ini dengan lantaran begitu sibuk dengan kerjaya harian.
Maksud ayat-ayat tersebut: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”. (Al-Asr).
Menurut pepatah Arab:
الوقت كالسيف، لو لم تقطعه يقطعك
“Masa itu bagaikan pedang, jika anda tidak memotongnya, maka ia akan memototongmu”.
Jika dilihat dengan fikiran yang waras berhubung ayat di atas, kita akan dapati bahawa ramai di kalangan manusia terjerumus pada perkara yang merugikan mereka di dunia dan akhirat, rugi di dunia kerana tidak diisi masanya dengan menghayati al-Quran, hadis-hadis baginda Rasulullah s.a.w, mempelajari ilmu-ilmu fardhu ain, berbuat kebajikan dan lain-lain.
Apabila perkara di atas tidak ada dalam kamus kehidupan orang Islam, maka sudah tentu mereka tidak mendapat pahala daripada Allah sekali gus tidak mendapat tempat di sisi Allah pada hari akhirat, malah kebarang-kalian tidak mendapat syafaat (recommendation) Nabi Muhammad s.a.w.

Ia juga menggambarkan, betapa umat hari ini tidak berapa pandai dalam mengurus persoalan masa hingga ia berlalu begitu sahaja tanpa digunakan pada perkara-perkara yang boleh menguntungkan akhirat mereka.
Mengapa tidak? Umat hari ini, lebih tertumpu kepada golongan muslimun, lebih rela menghabiskan masa bukan pada perkara yang berfaedah, tetapi pada perkara-perkara yang sia-sia, bukan bermakna tidak ada langsung individu dalam kalangan mereka yang pandai mengatur dan mengurus masa dengan baik malah ada yang lebih daripada itu.

Gambaran umat hari ini yang tidak memperuntukkan masa buat Allah
Sayang seribu kali sayang, apabila terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang tidak ada masa untuk Allah, atau terlalu sedikit masa untuk-Nya, dan mungkin juga terdapat yang tidak terfikir langsung untuk bersama Allah dalam apa jua keadaan. Padahal sesungguhnya Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
“ Tidaklah dijadikan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepada Allah”
Itulah gambaran beberapa jenis umat Islam yang seolah-olah tiada hubungan dengan hari akhirat, hidup mereka serupa dengan mereka yang tidak beragama Islam, iaitu golongan yang tiada hubungan langsung dengan pahala, dosa, syurga, neraka, azab dan lain-lain.

Mereka itulah golongan yang terlalu sedikit masa mereka diperuntukkan buat Allah, kalau pun menunaikan solat, ia dikerjakan dengan begitu cepat, justeru mereka tidak suka solat berjemaah, kerana beranggapan imam membaca surah panjang, apa yang dapat disaksikan pada hari ini ramai yang suka bersolat secara sendirian, ia dapat dilihat di kawasan rehat dan rawat (R&R), tempat perhentian dan lain-lain, semua amalan lebih kepada logik akal, bukan kerana kefahaman ilmu. Jikalau hendak menunaikan perkara wajib yang diperintahkan oleh Allah pun dilakukan sambil lewa apatah lagi ingin menunaikan sunnah Rasulullah s.a.w. yang dituntut dalam kehidupan seharian.

Hakikat yang berlaku pada hari ini, tempat-tempat hiburan seperti menyaksikan “Akademi Fantasia”, “So do you think you can dance”, “Malaysian Idol”, pesta anugerah filem yang pelbagai jenis saban tahun diadakan, pertandingan nyanyian RTM, menyaksikan pertandingan bola sepak akhir piala Malaysia, piala FA dan lain-lain, rata-rata dipenuhi dengan penonton yang memberi sokongan padu.
Tidakkah tindakan mereka itu memperlihatkan betapa masa yang berlalu itu disia-siakan tanpa sebarang faedah yang boleh membantu mereka menghadapi Allah di padang Mahsyar, lebih-lebih lagi dengan bekalan yang kekal abadi yang memudahkan mereka memasuki syurga-Nya.

Cuba bayangkan, jika mereka yang pergi ke stadium untuk menyaksikan pertandingan akhir bola sepak yang boleh memuatkan 90,000 ribu penonton, kalau 10,000 sahaja yang sembahyang, bagaimana pula dengan baki jumlah 80,000 yang lain, ditambah pula kedudukan saiz surau yang tidak berapa besar, mereka yang ke stadium bukan bertolak dari rumah pada waktu perlawanan malah jika pertandingan bermula 8.30 malam, sudah tentu mereka akan berangkat keluar satu atau dua jam lebih awal untuk memastikan keadaan lebih selesa.

Begitu juga yang menonton sesebuah rancangan hiburan, mereka juga akan keluar rumah lebih awal bagi memastikan dapat tempat duduk di hadapan sekali untuk melihat selebriti dari dekat, tetapi bagaimana dengan pelaksanaan solat mereka, yang pasti ramai yang meninggalkannya tanpa sebarang alasan yang boleh diterima Syara.
Golongan inilah yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w dalam banyak hadisnya, antaranya sabda baginda :
“Perkara pertama yang akan ditanya Allah terhadap hamba-hambaNya pada hari akhirat ialah pelaksanaan solat, jika solat itu beres dilakukan, maka bereslah seluruh urusan hidupnya, tetapi sebaliknya jika solat itu tidak beres, maka tidak bereslah urusan hidupnya”.


Sabdanya lagi:
“Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir yang terang dan nyata”. Hadis sohih riwayat Imam Malik.

Rasullah s.a.w bersabda :
"Solat itu adalah tiang agama (Islam). Maka sesiapa yang mendirikan solat, dia telah menegakkan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, bererti dia telah meruntuhkan agama".

Rasullah s.a.w bersabda :
"Yang membezakan di antara orang Islam dan kafir ialah solat".
Ini menunjukkan bahawa ibadat solat tidak lagi jadi perkara penting dalam kehidupan orang Islam hari ini.


Orang yang beriman yang takutkan Allah dan sentiasa bersama-Nya khususnya ketika menunaikan ibadat solat, akan merasakan bahawa Allah sentiasa dekat di hatinya, rindu untuk bertemu-Nya, tidak cukup lima kali sehari semalam, malah ditambah dengan solat-solat malam hanya semata-mata untuk bermunajat kepada-Nya dengan segala ketundukan, khusyuk dan tawaduk.

Kesimpulan
Justeru, meninggalkan solat besar implikasi dan akibatnya, bukan sahaja di akhirat, malah di dunia lagi seseorang itu telah dilabel dengan kafir, meruntuhkan tiang-tiang agama Islam, iaitu menjadi makhluk perosak terhadap agamanya sendiri.
Golongan inilah yang apabila menghadiri majlis-majlis ilmu seperti tazkirah pada bulan Ramadan, punggungnya merasa panas, tidak dapat bertahan lama duduk di masjid atau surau, sedangkan majlis seumpama itu mahu mengingatkannya kepada Allah, untuk menilai semula amalan dan tindakan sepanjang hidup di dunia, yang bukan baru hidup lima atau enam tahun, tetapi sudah mencecah berpuluh-puluh tahun.
Inilah akibat mereka yang sepanjang hidup tidak memperuntukkan masa buat Allah, masa berlalu kebanyakannya pada perkara yang membawa kepada penentangan terhadap-Nya, tanpa membuat perhitungan dengan-Nya pada perkara yang halal dan haram, yang boleh membawa kepada syurga atau neraka, yang penting hidup perlu enjoy, golongan muda merasakan tidak akan jadi tua, dan yang tua pula merasakan tidak akan mati esok hari, begitulah lalainya manusia terhadap asal-usul kejadian mereka daripada tanah.
Wallahu A’lam…

Monday, October 5, 2009

UNTUKKU DAN MEREKA YANG BERGELAR PEMUDA
www.iluvislam.com
oleh: pemudatua
Editor: deynarashid


Aku, engkau dan kami adalah aset yang berguna untuk masyarakat, kitalah pemimpin di masa hadapan. Kitalah generasi pengubah dan pendidik masyarakat.

Penuhilah diri kamu dengan ilmu dan akhlak, untuk bekalanmu dalam memimpin generasi masa depan. Maka aku ingin menasihati diriku dan mereka yang sewaktu denganku,

1.Taatilah Allah dan RasulNya dan jauhilah apa yang dilarangnya.
Dari Abu Hurairah r.a. , Nabi SAW bersabda ”Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu :- Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki iti menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya. [Muttafaqun Alaih]

Sabda Rasul Allah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya Allah sangat-sangat kagum kepada pemuda/remaja (termasuk pemudi) yang tidak ada (mengalami) keruntuhan akhlak/moral pada dirinya”.(HR. Ahmad & Abu Ya’la).

2. Ambillah segala kesempatan di zaman mudamu ini dengan memenuhi setiap masa lapangmu dengan ilmu.
Sabda Rasulullah yang bermaksud : ”Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa mudamu sebelum datang masa tuamu. Kedua : masa sihatmu sebelum sakitmu. Ketiga : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin)mu. Keempat : masa lapang sebelum tiba masa sibukmu. dan kelima masa hidupmu sebelum tiba masa matimu.” (riwayat al-Hakim dalam Mustadraknya). Hadis Ibnu Abbas r.anh.

3. Jagalah kehormatan dirimu dan jauhilah zina.

“Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu baginyabenteng nafsu” .(Hadith riwayat Muslim).

PEMUDA DAN DAKWAH ISLAM.
Rasul Allah saw. bersabda : ”Aku berpesan kepadamu supaya berbuat baik kepada golongan pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku membawa agama Hanif ini, lalu para pemuda bergabung denganku dan orang-orang tua menentangku” [Riwayat Bukhari].

Rasul Allah SAW berumur 40 tahun ketika wahyu diturunkan, dan ketika itu umurnya mencapai kesempurnaan pemuda. Begitu juga khulafa yang empat, dan Ali merupakan pemuda yang paling muda antara mereka. Dan disusuli oleh baki 6 pemuda lain yang dijanjikan syurga. Dan baki sahabat-sahabat baginda yang lain.

Duhai pemudaku, mereka ini ialah generasi pertama dalam penyebaran dakwah Islam. Kalian semua mengetahui dari buku-buku sejarah, bahawa dua empayar besar, Rom dan Parsi jatuh menyembah bumi, tunduk pada keadilan Islam di tangan mereka.

Begitu juga dengan Syam, Mesir, Tripoli, Damsyik dan Maghribi, semuanya tunduk di bawah tangan pemuda Islam. Dan dakwah ini tersebar hampir 2/3 dunia meliputi Sepanyol yang terletak di Barat Eropah, sebahagian besar India, Turkistan dan sempadan China di Timur sehingga seorang Khalifah Abbasiyah, Harun Al-Rasyid berkata kepada awan ”Turunlah di mana sahaja kamu mahu, sesungguhnya hasil keluaranmu akan kembali kepada kami“.

Semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan keazaman, pengorbanan, jihad dan keinginan untuk syahid para pemuda hasil didikan Rasul SAW.

Ya Allah, sediakan bagi umat ini, para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu dari kami. Orang-orang yang menjaga ilmu-ilmu warisan Nabi kami, mengembalikan daulah Kami, kemuliaan dan keagungan ummat Kami.

KITA DAN PEMUDA.

Hari ini masjid kita tidak mesra pemuda. Masjid kita meminggirkan orang muda, bahkan kanak-kanak. Masjid kita barangkali hanya untuk orang-orang tua atau dalam ertikata lain ”daun yang bakal layu esok hari“.

Kita tinggalkan anak-anak kita di belakang saf dengan dunia mereka sewaktu kita berjumpa Allah. Malah yang lebih teruk, ada “lebai” yang tinggalkan anaknya di rumah. Si ayah alim dan hebat di masjid, tetapi dalam waktu yang sama lupa pada anaknya di rumah.

Kita sering bicara hal-hal lain, tetapi jarang sekali kita bicara tentang masalah pemuda, tentang keruntuhan akhlak di kalangan pemuda kita. Usahkan berdiskusi tentang masalah pemuda, kita biarkan mereka hanyut dengan dunia mereka dan kita dengan dunia kita sehingga wujud perbezaan ketara antara golongan tua dan muda.

Ada ayah yang menegur anak-anak mereka, tapi mereka ego dengan umur dan pengalaman mereka. Remaja yang menegur golongan tua dikatakan kurang ajar. Golongan muda dan tua tiada bezanya, kecuali umur mereka sahaja.

Remaja berbuat maksiat dapat dosa, dan golongan tua berbuat maksiat juga dapat dosa. Tapi benarkah kita, golongan tua mampu ditegur oleh golongan muda, dan mampu menerima saranan dan cadangan dari orang muda?.

Anda boleh lihat sendiri kehadiran pemuda kita di masjid, di kuliah-kuliah ilmu dan sebagainya. Mari berkawan dengan pemuda kalian. Mari kita bina generasi pewaris dari pemuda kita.

Persoalan kepada golongan “ayah” dan “golongan tua” :

-Sejauh mana penglibatan anak-anak kalian dalam hidup kalian?
-Berapa kerapkah kalian membincangkan tentang masalah pemuda, berkongsi masalah dan pandangan dengan anak-anak remaja kalian?

Untuk pemuda, mari kita jadi pemuda tua yang tua dari segi ilmu dan pengalamannya menandingi manusia seusia dengannya. Rajin-rajinkan bersama dengan orang-orang tua yang berilmu, untuk kita dapatkan pengalaman mereka dan ilmu mereka.

~Bersama kita bina generasi pewaris~

Monday, September 28, 2009

Puasa Enam Hari di Bulan Syawal

Salah satu dari pintu-pintu kebaikan adalah melakukan puasa-puasa sunnah. Sebagaimana yang disabdakan Rosululloh Shollallohu ‘alaihi wa sallam: “Maukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan?; Puasa adalah perisai, …” (Hadits hasan shohih, riwayat Tirmidzi). Puasa dalam hadits ini merupakan perisai bagi seorang muslim baik di dunia maupun di akhirat. Di dunia, puasa adalah perisai dari perbuatan-perbuatan maksiat, sedangkan di akhirat nanti adalah perisai dari api neraka. Dalam sebuah hadits Qudsi disebutkan, “Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.” (HR. Bukhori: 6502)

Puasa Seperti Setahun Penuh

Salah satu puasa yang dianjurkan/disunnahkan setelah berpuasa di bulan Romadhon adalah puasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa. Dari Abu Ayyub Al Anshori, Rosululloh bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Romadhon kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” (HR. Muslim no. 1164). Dari Tsauban, Rosululloh Shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa berpuasa enam hari setelah hari raya Iedul Fitri, maka seperti berpuasa setahun penuh. Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh lipatnya.” (HR. Ibnu Majah dan dishohihkan oleh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil). Imam Nawawi rohimahulloh mengatakan dalam Syarh Shohih Muslim 8/138, “Dalam hadits ini terdapat dalil yang jelas bagi madzhab Syafi’i, Ahmad, Dawud beserta ulama yang sependapat dengannya yaitu puasa enam hari di bulan Syawal adalah suatu hal yang dianjurkan.”

Dilakukan Setelah Iedul Fithri

Puasa Syawal dilakukan setelah Iedul Fithri, tidak boleh dilakukan di hari raya Iedul Fithri. Hal ini berdasarkan larangan Rosululloh Shollallohu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Umar bin Khothob, beliau berkata, “Ini adalah dua hari raya yang Rosululloh melarang berpuasa di hari tersebut: Hari raya Iedul Fithri setelah kalian berpuasa dan hari lainnya tatkala kalian makan daging korban kalian (Iedul Adha).” (Muttafaq ‘alaih)

Apakah Harus Berurutan ?

Imam Nawawi rohimahulloh menjawab dalam Syarh Shohih Muslim 8/328: “Afdholnya (lebih utama) adalah berpuasa enam hari berturut-turut langsung setelah Iedul Fithri. Namun jika ada orang yang berpuasa Syawal dengan tidak berturut-turut atau berpuasa di akhir-akhir bulan, maka dia masih mendapatkan keuatamaan puasa Syawal berdasarkan konteks hadits ini”. Inilah pendapat yang benar. Jadi, boleh berpuasa secara berturut-turut atau tidak, baik di awal, di tengah, maupun di akhir bulan Syawal. Sekalipun yang lebih utama adalah bersegera melakukannya berdasarkan dalil-dalil yang berisi tentang anjuran bersegera dalam beramal sholih. Sebagaimana Allah berfirman, “Maka berlomba-lombalah dalam kebaikan.” (Al Maidah: 48). Dan juga dalam hadits tersebut terdapat lafadz ba’da fithri (setelah hari raya Iedul Fithri), yang menunjukkan selang waktu yang tidak lama.

Mendahulukan Puasa Qodho’

Apabila seseorang mempunyai tanggungan puasa (qodho’) sedangkan ia ingin berpuasa Syawal juga, manakah yang didahulukan? Pendapat yang benar adalah mendahulukan puasa qodho’. Sebab mendahulukan sesuatu yang wajib daripada sunnah itu lebih melepaskan diri dari beban kewajiban. Ibnu Rojab rohimahulloh berkata dalam Lathiiful Ma’arif, “Barangsiapa yang mempunyai tanggungan puasa Romadhon, hendaklah ia mendahulukan qodho’nya terlebih dahulu karena hal tersebut lebih melepaskan dirinya dari beban kewajiban dan hal itu (qodho’) lebih baik daripada puasa sunnah Syawal”. Pendapat ini juga disetujui oleh Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin dalam Syarh Mumthi’. Pendapat ini sesuai dengan makna eksplisit hadits Abu Ayyub di atas.
Semoga kebahagiaan selalu mengiringi orang-orang yang menghidupkan sunnah Nabi Muhammad Shollallohu ‘alaihi wa sallam.

blogger templates 3 columns | Make Money Online