Islamic Widget

Monday, September 28, 2009

Puasa Enam Hari di Bulan Syawal

Salah satu dari pintu-pintu kebaikan adalah melakukan puasa-puasa sunnah. Sebagaimana yang disabdakan Rosululloh Shollallohu ‘alaihi wa sallam: “Maukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan?; Puasa adalah perisai, …” (Hadits hasan shohih, riwayat Tirmidzi). Puasa dalam hadits ini merupakan perisai bagi seorang muslim baik di dunia maupun di akhirat. Di dunia, puasa adalah perisai dari perbuatan-perbuatan maksiat, sedangkan di akhirat nanti adalah perisai dari api neraka. Dalam sebuah hadits Qudsi disebutkan, “Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.” (HR. Bukhori: 6502)

Puasa Seperti Setahun Penuh

Salah satu puasa yang dianjurkan/disunnahkan setelah berpuasa di bulan Romadhon adalah puasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa. Dari Abu Ayyub Al Anshori, Rosululloh bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Romadhon kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” (HR. Muslim no. 1164). Dari Tsauban, Rosululloh Shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa berpuasa enam hari setelah hari raya Iedul Fitri, maka seperti berpuasa setahun penuh. Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh lipatnya.” (HR. Ibnu Majah dan dishohihkan oleh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil). Imam Nawawi rohimahulloh mengatakan dalam Syarh Shohih Muslim 8/138, “Dalam hadits ini terdapat dalil yang jelas bagi madzhab Syafi’i, Ahmad, Dawud beserta ulama yang sependapat dengannya yaitu puasa enam hari di bulan Syawal adalah suatu hal yang dianjurkan.”

Dilakukan Setelah Iedul Fithri

Puasa Syawal dilakukan setelah Iedul Fithri, tidak boleh dilakukan di hari raya Iedul Fithri. Hal ini berdasarkan larangan Rosululloh Shollallohu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Umar bin Khothob, beliau berkata, “Ini adalah dua hari raya yang Rosululloh melarang berpuasa di hari tersebut: Hari raya Iedul Fithri setelah kalian berpuasa dan hari lainnya tatkala kalian makan daging korban kalian (Iedul Adha).” (Muttafaq ‘alaih)

Apakah Harus Berurutan ?

Imam Nawawi rohimahulloh menjawab dalam Syarh Shohih Muslim 8/328: “Afdholnya (lebih utama) adalah berpuasa enam hari berturut-turut langsung setelah Iedul Fithri. Namun jika ada orang yang berpuasa Syawal dengan tidak berturut-turut atau berpuasa di akhir-akhir bulan, maka dia masih mendapatkan keuatamaan puasa Syawal berdasarkan konteks hadits ini”. Inilah pendapat yang benar. Jadi, boleh berpuasa secara berturut-turut atau tidak, baik di awal, di tengah, maupun di akhir bulan Syawal. Sekalipun yang lebih utama adalah bersegera melakukannya berdasarkan dalil-dalil yang berisi tentang anjuran bersegera dalam beramal sholih. Sebagaimana Allah berfirman, “Maka berlomba-lombalah dalam kebaikan.” (Al Maidah: 48). Dan juga dalam hadits tersebut terdapat lafadz ba’da fithri (setelah hari raya Iedul Fithri), yang menunjukkan selang waktu yang tidak lama.

Mendahulukan Puasa Qodho’

Apabila seseorang mempunyai tanggungan puasa (qodho’) sedangkan ia ingin berpuasa Syawal juga, manakah yang didahulukan? Pendapat yang benar adalah mendahulukan puasa qodho’. Sebab mendahulukan sesuatu yang wajib daripada sunnah itu lebih melepaskan diri dari beban kewajiban. Ibnu Rojab rohimahulloh berkata dalam Lathiiful Ma’arif, “Barangsiapa yang mempunyai tanggungan puasa Romadhon, hendaklah ia mendahulukan qodho’nya terlebih dahulu karena hal tersebut lebih melepaskan dirinya dari beban kewajiban dan hal itu (qodho’) lebih baik daripada puasa sunnah Syawal”. Pendapat ini juga disetujui oleh Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin dalam Syarh Mumthi’. Pendapat ini sesuai dengan makna eksplisit hadits Abu Ayyub di atas.
Semoga kebahagiaan selalu mengiringi orang-orang yang menghidupkan sunnah Nabi Muhammad Shollallohu ‘alaihi wa sallam.

Monday, September 14, 2009

Sungguh! Kami Malu Kepada-Mu...

Ya Allah…

Dengan segala kerendahan kami bersimpuh di hadapanMu
Memohon segala petunjuk dariMu
Berlindung dari segala kesesatan dan kekesatan yang bersemayam di hati
Tiada kekuatan yang mampu menolak segala keburukan kecuali berasal dariMu
Sesungguhnya kami malu
Meski hanya sekedar lintasan hati untuk meminta kepadaMu

Ya Allah…

Setiap detik Engkau penuhi kebutuhan kami
Nafas yang kami hirup
Tiada pernah Engkau minta tuk ganti dan Kau henti
Sedang kami enggan berbagi dan seringkali berhitung atas berkurangnya materi

Ya Allah…

Kau jernihkan mata ini untuk memandang segala yang ingin kami pandang
Tidak pula kaki, tangan, hati dan pikiran
Namun bukan wujud kesyukuran kemana kami arahkan
Ternyata laranganMu lebih manis sebagai pilihan

Ya Allah…

Sesungguhnya catatan maksiat diri kami terlalu panjang
Tak mampu terhitung sebanyak butiran pasir
pun tetesan air di lautan
Dan amal baik kamipun belum tentu mampu menjadi penyeimbang

Ya Allah…

Masih layakkah kami meminta?
Sedangkan hakMu sebagai Tuhan lebih banyak kami abaikan

Wahai sahabat…
Siapakah zat yang sesungguhnya kita butuhkan?
Saat kesedihan dan melilitnya kesempitan hati?
Saat berguncangnya bumi dan Jauhnya rezeki?

Wahai sahabat…
Jujurlah pada hati
Bukankah hanya Allah zat yang sesungguhnya layak menjadi sembahan?

By WiJanK iZwarA

Friday, September 11, 2009

رسالة شهر رمضان المبارك

AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN
بسم الله الرحمن االرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على خير خلق الله محمد بن عبد الله وعلى آله وصحبه وسلم.
وبعد.
Bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana telah bemberi kita nikmat, rahmat dan kasih sayingNya yang tidak terhingga besarnya. Alangkah bertuahnya sesiap yang menyambutnya dengan ibadah dan ketaqwaan serta mengharapkan keampunan dan ganjaran daripadaNya. Dan alangkah ruginya sesiapa yang tidak bertmbah imannya di bulan yang berkat ini.

Kini sepuluh terakhir Ramadhan telah menjelma lagi. Dan kita masih lagi dapat menyertainya. Hanya beberapa hari, Allah s.w.t mwnyediakan untuk hamba-hambaNya segala kebaikan, ganjaran, keampunan dan kelebihan yang tiada terhintung oleh kita.

1- LAILATUL QADAR
Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini Allah s.w.t telah menyediakan kepada hamba-hambaNya satu malam yang sangat berkat iaitu Malam Lailatul Qadar. Malam ini dinamakan Lailatul Qadar, diambil daripada kalimah al-Qadar yanh membawa maksud kemuliaan dan kedudukan yang tinggi kerana malam ini adalah malam yang sangat mulia.

Ataupun diambil daripada kalimah qadar atau takdir kerana pada malam tersebut Allah memutuskan urusanNya dan menetapkan takdir segala perkara.
Firman Allah s.w.t maksudnya:
1. Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan[1593].
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? 3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
[1593] Malam kemuliaan dikenal dalam bahasa Indonesia dengan malam Lailatul Qadr yaitu suatu malam yang penuh kemuliaan, kebesaran, Karena pada malam itu permulaan Turunnya Al Quran. (Al-Qadar 1-5).
Sabda Rasulullah s.a.w:
من قام ليلة القدر ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. (متفق عليه)
Maksudnya :
Sesiapa yang bangun (beribadat/solat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan Ihtisab (mengharapkan pahala) maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas. (hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Beberapa kelebihan Lailatul Qadar daripada surah Al-Qadar antaranya ialah:

1) Allah telah menurunkan Al-Quran pada malam tersebut yang mana ia member petunjuk kepada manusia dan member kebahagian dunia dan juga akhirat.
2) Ia lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 3 bulan).
3) Para Malaikat akan turun ke dunia dengan membawa kebaikan, keberkatan dan rahmat.
4) Malam kesejahteraan sehingga terbitnya fajar. Iaitu kesejahteraan daripada neraka dan azab Allah bagi hamba yang menghidupkannya dengan amal ibadah.
Rugilah orang yang mensia-siakan umurnya dengan perkara-perkara yang tiada berfaedah. Tampunglah kelalaian yang lalu dengan mencari Lailatul Qadar. Sesungguhnya ia menyamai umur manusia bahkan lebih dari itu. Apakah tempoh 83 tahun 3 bulan itu suatu tempoh yang singkat??
Fikir-fikirkan….

Bilakah Lailatul Qadar???
a) Bulan Ramadhan
Tidak syak bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada bulan Ramadhan berdasarkan ayat-ayat Al-Quran bahawa Al-Quran diturunkan pada Lailatul Qadar, dan diturunkan pada bulan Ramadhan. Maka semestinya ia berlaku pada bulan Ramadhan.

Dalam suatu hadith, Abu Zar bertanya kepada Rasulullah, maksudnya: “Wahai Rasulullah khabarkan kepada aku tentang Lailatul Qadar, adakah ia pada bulan Ramadhan?” Maka jawab Baginda: “Bahkan pada bulan Ramadhan”. (Hadith Riwayat Ahmad dan Nas’i).

b) Sepuluh Terakhir Ramadhan
Lebih dikhususkan pada malam sepuluh akhir Ramadhan berdasarkan banyak hadith, antaranya:

(( تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان)). متفق عليه
Maksudnya : Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh terakhir dari Ramadhan.

Aisyah Radhiallahuanha meriwayatkan bahawa “Rasulullah bersungguh-sungguh pada sepuluh akhir Ramadhan melebihi kesungguhannya pada masa-masa yang lain”.
Dan juga meriwayatkan bahawa maksudnya: “ Adalah Nabi pada dua puluh malam terawal mencampurkan antara solat dan tidur. Apabila tiba sepuluh malam terakhir Baginda bersungguh-sungguh dan mengetatkan kainnya”. (HR: Ahmad).

Rasulullah juga mengambil peluang sepuluh malam terakhir ini dengan mengejutkan ahli keluarganya untuk beribadah. Baginda mahu mereka juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan kebaikan dan kelebihan yang disediakan oleh Allah s.w.t.

c) Tujuh Malam Terakhir
Bagi mereka yang tidak mampu untuk menghidupkan sepuluh terakhir Ramadhan maka boleh memulakan pada tujuhmalam terakhir Ramadhan.

Sabda Nabi s.a.w :
(( التمسوها في العشر الأواخر - يعني ليلة القدر – فإن ضعف أحدكم ، أو عجز، فلا يغلبن علي السبع البواقي )) مسلم.
Maksudnya: “Carilah pada sepuluh terakhir Ramadhan. Jika sesorang daripada kamu tiada berupaya maka janganlah ia tertewas pada tujuh yang berbaki lagi”.

d) Malam-malam Ganjil Ramadhan (21, 23, 25, 27 dan 29)
Malam-malam ini diharapkan adanya Lailatul Qadar kerana wari bahawa Nabi menyebut malam-malam tersebut.

e) Malam 27 Ramadhan
Boleh jadi malam yang sangat diharapkan ialah pada malam 27 Ramadhan. Ini berpandukan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ubai bin Ka’ab beliau berkata: “Demi Allah sesungguhnya aku tahu pada malam bilakah ia, itulah malam yang mana Rasulullah menyuruh kami untuk bangun beribadah, iaitu malam ke 27 Ramadhan”. Dan Ubai berkata lagi: “Melalui tanda-tanda dan alamat yang dikhabarkan oleh Rasulullah kepada kami bahawa matahari yang terbit pada paginya tiada (شعاع) sinarnya.

Namun ramai ulama’ berpendapat bahawa Lailatul Qadar berpindah di antara malam-malam witir tetapi yang ghaib kebanyakannya pada malam ke 27 Ramadhan dan bukanlah suatu yang tepat sekiranya kit menganggap pada malam tersebut sahajalah akan berlaku Lailatul Qadar.

Bacaan Pada Malam Lailatul Qadar
Aisyah RA berkata: “ Wahai Rasulullah sekiranya aku dipertemukan dengan Lailatul Qadar, apakah yang harus aku ucapkan?” Rasulullah bersabda:
(( اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنى))
Maksudnya : “(Ucapkanlah) Wahai Tuhanku sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Pemurah dan suka mengampunkan maka ampunkanlah aku”. (HR: Ahmad dan Tirmizi: Sahih).

Hikmah Disembunyikan Lailatul Qadar
Hikmahnya banyak sama ada diketahui oleh kita atau tidak, antara yang jelas ialah:
i- Sebagai rahmat kepada hamba-hambaNya supaya memperbanyakan amalan ibadah untuk mencari Lailatul Qadar. Jikalau ditentukan pada suatu malam, nescaya mereka hanya bersungguh-sungguhpada malam tersebut sahaja.
ii- Ujian Allah terhadap hamba-hambanya, supaya nyata siapa yang benar-benar ingin mendapatkannya dan nyata siapa yang berolok-olok dan bersikap saambil lewa.

2- BERI’TIKAF
Anatara kelebihan khusus sepuluh terakhir Ramadhan ini ialah digalakkan supaya beri’tikaf di masjid.

Apa itu I’tikaf???
I’tikaf dari segi bahasa: menahan, menetap dan melazimi sesuatu.
Dari segi istilahnya pula: Melazimi oleh seseorang akan masjid tertentu dengan niat. Dan setengah ulama’ menambah: …untuk melakukan ketaatan.
Tujuan ditambah ayat ini adalah untuk member isyarat bahawa hendaklah memulakan ibadah ini dengan niat ikhlas kerana Allah. Bukan dating ke masjid kerana ingin berbual-bual dengan rakan dan bukan semata-mata ingin mengasingkan diri daripada orang lain tetapi semata-mat untuk membuat ketaatan kepada Allah s.w.t.
Hukum Beri’tikaf
Beberapa ulama’ ijma’ menaqalkan bahawa hokumnya adalah sunat dan tidak wajib. Ia akan menjadi wajib apabila dinazarkan.
Kata Ibnu Shihab: “Alangkah peliknya orang-orang Muslimin yang meninggalkan I’tikaf, sedangkan Nabi tidak pernah meninggalkan beri’tikaf semenjak Baginda masuk ke Madinah”.
Aisyah meriwayatkan bahawa: “Nabi beri’tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan sehingga Allah mewafatkan Baginda. Kemudian isteri-isterinya terus beri’tikaf selepasnya”.(HR: Al-Bukhari).

Hikmah Digalakkan Beri’tikaf Pada Sepuluh Akhir Ramadhan:
i- Supaya seorang Muslim lebih terjaga dirinya daripada terlalai dan melakukan larangan Allah s.w.t. Apabila berada di masjid peluang untuk melakukan maksiat adalah kurang dan terhad.
ii- Supaya mudah dan dekat dengan ibadah serta ketaatan.
iii- Mengharapkan supaya bertemu Lailatul Qadar disepuluh akhir Ramadhan.

Penutup :
Sabda Rasulullah s.a.w ketika Baginda menaiki minbar di Madinah:
(( رغم أنف عبد دخل عليه رمضان فلم يغفر له)) صحيح ابن خزيمة، السنن الكبرى للبيهقي
Maksudnya: “Sangat malang orang yang berkesempatan melalui bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosanya”.(HR: Khuzaimah, Albaihaqi).
Akhir kalam, sama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t supaya diberikan kekuatan, taufiq dan hidayah supaya kita semua muslimin dan muslimat dapat mengambil peluang keemasan ini, peluang untuk menggandakan pahala amalan dan peluang untuk mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Mudah-mudahan kita dipertemukan dengan malam bertuah Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan dalam keadaan melakukan ibadah, amal soleh dengan sepenuhnya. InsyaAllah…

Rujukan:
مجالس رمضانية. الدكتور بن فهد العودة. حال السلف في رمضان . الدار الوطن، الرياض. رسالة شهر رمضان المبارك. الدار الوطن، الرياض.
Sepuluh Terakhir Ramadhan: Satu Pesanan.
Oleh: Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain, PPM Madinah 2005.
www.abuanasmadani.com

Wednesday, September 2, 2009

MANUSIA MUDAH LUPA AKAN NIKMAT ALLAH

(PERIHAL 3 ORANG CACAT BANI ISRAEL)

HARTA KEKAYAAN YANG DIMILIKI HANYA PINJAMAN DAN AMANAH DARIPADA ALLAH YANG MAHA ESA

“Barang siapa bersyukur atas nikmat-Ku maka Aku akan menambah nikmat itu dan barang siapa yang ingkar atas nikmat-Ku maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih adanya”.

-Surah Ibrahim Ayat 7-

S

edar atau tidak, selama ini terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada diri kita semua. Bagaimanapun, begitulah sikap manusia yang mudah lupa dan senang hanyut apabila sahaja mendapat kurniaan yang lebih, sudah mula mendabik dada menunjukkan kemegahan dan sombong.

Tidak sukar kita temui manusia yang lantang menyatakan segala kekayaan mereka itu hasil penat lelah setelah berusaha gigih, hingga lupa hakikat sebenarnya segala apa yang kita miliki sebelum, kini dan selamanya adalah kepunyaan Allah S.W.T. Kita hanyalah pemegang amanah Allah, jadi kisah berikut wajar direnungi agar kita semua dapat menginsafi diri.

Abu Hurairah ada menyatakan dia mendengar Nabi Muhammad S.A.W pernah bercerita perihal kisah tiga orang cacat daripada Bani Israel. Orang yang pertama berpenyakit kusta, yang kedua pula berkepala botak manakala yang ketiga cacat penglihatan. Dikisahkan, Allah telah menghantar Malaikat kepada mereka bagi menguji mereka bertiga itu.

Malaikat bertanya kepada orang yang berpenyakit kusta itu: “Apakah yang paling engkau sukai?” Lalu dijawab orang itu: “Yang paling aku suka tentulah kulit yang baik serta sembuh daripada penyakitku ini, tetapi alangkah bagusnya jika aku ada seekor unta”.

Kemudian Malaikat mengusap tubuhnya. Maka sembuhlah orang itu daripada penyakit kustanya itu dan juga memberinya seekor unta yang sedang bunting. Malaikat juga mendoakan semoga Allah memberkatinya.

Selepas itu, malaikat pun bertanya pula kepada orang yang kedua yang berkepala botak: “Apakah yang paling engkau sukai?”. Jawab orang itu: “ Aku suka jika rambutku lebat, tetapi alangkah bagus jikalau aku mendapat seekor lembu”.

Kemudian malaikat pun menggusap kepalanya, maka tumbuhlah rambut yang lebat dan juga diberikannya seekor lembu yang sedang bunting serta mendoakan moga-moga orang itu diberkati dalam kehidupannya.

Akhirnya malaikat bertanya pula kepada orang yang ketiga yang cacat penglihatan mengenai soalan yang sama. Dan dijawabnya: “Yang paling aku sukakan ialah semoga Allah mengembalikan aku penghilatanku dan dianugerahkan seekor kambing”.

Mengetahui apa yang disukai orang cacat yang ketiga itu, malaikat pun menggusap matanya. Maka sembuhlah matanya serta diberikan seekor kambing yang bunting sambil berdoa semoga orang cacat itu diberkati dan dirahmati Allah.

Diceritakan pula, selang beberapa waktu, malaikat datang semula dengan rupa yang sama tetapi dalam keadaan mengemis dengan tujuan menguji ketiga-tiga mereka yang kini kaya raya. Keadaan ketiga-tiga orang itu sudah berupah sama sekali, mereka memiliki kekayaan dan hidup dengan senang lenang.

Si penyakit kusta dan si kepala botak mengaku segala harta kekayaan yang sedang dimiliki mereka kini adalah hasil peninggalan nenek moyang mereka dan juga hasil daripada penat lelah mereka sendiri, bagaimanapun, berlainan pula dengan orang yang ketiga yang cacat penglihatan.

Apabila malaikat datang meminta daripadanya, dia menyatakan : “ Ambillah kambing itu seberapa banyak yang engkau mahu, aku sedikit pun tidak keberatan terhadap apa yang kamu ambil itu kerana Allah dan tinggalkanlah bagiku menurut kehendakmu”.

Jawab malaikat: “Jagalah hartamu, kamulah orang yang diredhai Allah, sedangkan kedua-dua sahabatmu itu dimurkai Allah”.

Begitulah peristiwa yang tejadi kepada tiga orang yang pada asalnya cacat dan miskin tetapi kemudian dengan izin Allah, mereka telah disembuhkan malah dikurniakan kepada mereka dengan harta kekayaan yang banyak.

Akan tetapi dua daripada mereka itu lupa daratan dan tidak sedar diri. Maka dua orang itu sangat dimurkai Allah kerana tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan, sebaliknya orang yang ketiga yang penuh tawaduk itu serta sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah telah mendapat pujian malaikat kerana orang itu diredhai Allah.

Ingatlah pesan Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud “Barang siapa bersyukur atas nikmat-Ku maka Aku akan menambah nikmat itu dan barang siapa yang ingkar atas nikmat-Ku maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih adanya”.

Nabi Muhammad S.A.W telah memberi peringatan kepada kita semua dalam sabdanya yang bermaksud “Barang siapa yang tidak mensyukuri pemberian yang sedikit, maka dia tidak akan dapat mensyukuri pemberian yang banyak, dan barang siapa tidak bersyukur pada manusia, maka dia tidak akan pernah mensyukuri Allah” (Hadith Riwayat Al-Bukhari).

Oleh : Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

rencana@hmetro.com.my

blogger templates 3 columns | Make Money Online