Islamic Widget

Sunday, December 27, 2009

HIBURAN MELAMPAU PEMUSNAH GENERASI MUDA
OLEH: Ust. Zainudin Hashim
ustazzain@harakah.net.my

Bidang hiburan adalah medium paling digemari segenap lapisan masyarakat, tidak kira warga tua, muda, lelaki, perempuan, Melayu, India, Cina, Mat Saleh, apa pun bangsa di dunia mempunyai budaya hiburan tersendiri hingga terdapat dalam kalangan mereka yang sanggup berbunuh-bunuhan kerana mempertahan budaya atau hiburan kesukaan mereka.
Kadang-kadang terdapat insane Muslim turut mempertahankan budaya atau bidang hiburan mereka walaupun ia salah pada pandangan hukum syara’. Hukum bagi mereka tidak akan kemana, pencapaian lebih diberi keutamaan daripada hukum syara’, ini bukan cakap kosong, realitinya begitu, justeru penganjuran hiburan mendapat keizinan pihak berkuasa.

Islam sama sekali tidak mengharamkan hiburan, asalkan ia memelihara adab-adab serta akhlak ketika berhibur, dalam erti kata artis, wanita boleh menyam[paikan hiburan kepada sesama sejenis mereka adalah menjadi keutamaan daripada menyampaikan hiburan kepada lelaki bukan mahramnya.

Apapun yang terbaik pelaksanaan serta penganjuran hiburan telah dibuktikan sediri oleh baginda s.a.w. periistiwa Israk Mikraj menjadi pengukur kepada konsep hiburan yang berorientasikan keagamaan. Peristiwa tersebut berlaku setelah baginda Rasulullah dikhabarkan dengan kematian 2 manusia hebat dalam mempertahankan dakwah selama 13 tahun di Makkah iaitu pak cik Nabi bernama Abu Talib dan isteri baginda iaitu Sayidatina Khadijah.

Setahun sebelum penghijrahan baginda ke Madinah sebagai destinasi terakhir, baginda telah diperjalankan oleh Allah swt melalui satu program hiburan kerana terdapat pandangan ulama’’ sirahmenyebut bahawa baginda diperjalankan pada malam Israk dan Mikraj sebagai satu hiburan bagi menghilangkan rasa gundah dulana dengan perkhabaran kematian Abu Talib dan Sayidatina Khadijah.

Bagaimanapun, perjalanan itu merupakan program masjid ke masjid iaitu dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, hiburan yang dipilih oleh Allah ke atas Nabi Muhammad .a.w. itu adalah satu bentuk hiburan berbentuk agama, iaitu hubungan kedua-dua masjid dengan Isslam merupakan kiblat umat Islam yang pertama dan kedua.

Tetapi apabila kita menilai semula pengannjuran program hiburan dalam tanah air kita boleh kategorikan pelbagai dimensi yang berlainan yang menunjukkan para pencipta program itu tidak ketandusan idea, ada sahaja idea mereka yang dilontarkan kepada masyarakat yang diterima baik sebagai hiburan yang memuaskan hati.

blogger templates 3 columns | Make Money Online