Islamic Widget

Friday, September 11, 2009

رسالة شهر رمضان المبارك

AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN
بسم الله الرحمن االرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على خير خلق الله محمد بن عبد الله وعلى آله وصحبه وسلم.
وبعد.
Bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana telah bemberi kita nikmat, rahmat dan kasih sayingNya yang tidak terhingga besarnya. Alangkah bertuahnya sesiap yang menyambutnya dengan ibadah dan ketaqwaan serta mengharapkan keampunan dan ganjaran daripadaNya. Dan alangkah ruginya sesiapa yang tidak bertmbah imannya di bulan yang berkat ini.

Kini sepuluh terakhir Ramadhan telah menjelma lagi. Dan kita masih lagi dapat menyertainya. Hanya beberapa hari, Allah s.w.t mwnyediakan untuk hamba-hambaNya segala kebaikan, ganjaran, keampunan dan kelebihan yang tiada terhintung oleh kita.

1- LAILATUL QADAR
Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini Allah s.w.t telah menyediakan kepada hamba-hambaNya satu malam yang sangat berkat iaitu Malam Lailatul Qadar. Malam ini dinamakan Lailatul Qadar, diambil daripada kalimah al-Qadar yanh membawa maksud kemuliaan dan kedudukan yang tinggi kerana malam ini adalah malam yang sangat mulia.

Ataupun diambil daripada kalimah qadar atau takdir kerana pada malam tersebut Allah memutuskan urusanNya dan menetapkan takdir segala perkara.
Firman Allah s.w.t maksudnya:
1. Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan[1593].
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? 3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
[1593] Malam kemuliaan dikenal dalam bahasa Indonesia dengan malam Lailatul Qadr yaitu suatu malam yang penuh kemuliaan, kebesaran, Karena pada malam itu permulaan Turunnya Al Quran. (Al-Qadar 1-5).
Sabda Rasulullah s.a.w:
من قام ليلة القدر ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. (متفق عليه)
Maksudnya :
Sesiapa yang bangun (beribadat/solat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan Ihtisab (mengharapkan pahala) maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas. (hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Beberapa kelebihan Lailatul Qadar daripada surah Al-Qadar antaranya ialah:

1) Allah telah menurunkan Al-Quran pada malam tersebut yang mana ia member petunjuk kepada manusia dan member kebahagian dunia dan juga akhirat.
2) Ia lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 3 bulan).
3) Para Malaikat akan turun ke dunia dengan membawa kebaikan, keberkatan dan rahmat.
4) Malam kesejahteraan sehingga terbitnya fajar. Iaitu kesejahteraan daripada neraka dan azab Allah bagi hamba yang menghidupkannya dengan amal ibadah.
Rugilah orang yang mensia-siakan umurnya dengan perkara-perkara yang tiada berfaedah. Tampunglah kelalaian yang lalu dengan mencari Lailatul Qadar. Sesungguhnya ia menyamai umur manusia bahkan lebih dari itu. Apakah tempoh 83 tahun 3 bulan itu suatu tempoh yang singkat??
Fikir-fikirkan….

Bilakah Lailatul Qadar???
a) Bulan Ramadhan
Tidak syak bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada bulan Ramadhan berdasarkan ayat-ayat Al-Quran bahawa Al-Quran diturunkan pada Lailatul Qadar, dan diturunkan pada bulan Ramadhan. Maka semestinya ia berlaku pada bulan Ramadhan.

Dalam suatu hadith, Abu Zar bertanya kepada Rasulullah, maksudnya: “Wahai Rasulullah khabarkan kepada aku tentang Lailatul Qadar, adakah ia pada bulan Ramadhan?” Maka jawab Baginda: “Bahkan pada bulan Ramadhan”. (Hadith Riwayat Ahmad dan Nas’i).

b) Sepuluh Terakhir Ramadhan
Lebih dikhususkan pada malam sepuluh akhir Ramadhan berdasarkan banyak hadith, antaranya:

(( تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان)). متفق عليه
Maksudnya : Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh terakhir dari Ramadhan.

Aisyah Radhiallahuanha meriwayatkan bahawa “Rasulullah bersungguh-sungguh pada sepuluh akhir Ramadhan melebihi kesungguhannya pada masa-masa yang lain”.
Dan juga meriwayatkan bahawa maksudnya: “ Adalah Nabi pada dua puluh malam terawal mencampurkan antara solat dan tidur. Apabila tiba sepuluh malam terakhir Baginda bersungguh-sungguh dan mengetatkan kainnya”. (HR: Ahmad).

Rasulullah juga mengambil peluang sepuluh malam terakhir ini dengan mengejutkan ahli keluarganya untuk beribadah. Baginda mahu mereka juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan kebaikan dan kelebihan yang disediakan oleh Allah s.w.t.

c) Tujuh Malam Terakhir
Bagi mereka yang tidak mampu untuk menghidupkan sepuluh terakhir Ramadhan maka boleh memulakan pada tujuhmalam terakhir Ramadhan.

Sabda Nabi s.a.w :
(( التمسوها في العشر الأواخر - يعني ليلة القدر – فإن ضعف أحدكم ، أو عجز، فلا يغلبن علي السبع البواقي )) مسلم.
Maksudnya: “Carilah pada sepuluh terakhir Ramadhan. Jika sesorang daripada kamu tiada berupaya maka janganlah ia tertewas pada tujuh yang berbaki lagi”.

d) Malam-malam Ganjil Ramadhan (21, 23, 25, 27 dan 29)
Malam-malam ini diharapkan adanya Lailatul Qadar kerana wari bahawa Nabi menyebut malam-malam tersebut.

e) Malam 27 Ramadhan
Boleh jadi malam yang sangat diharapkan ialah pada malam 27 Ramadhan. Ini berpandukan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ubai bin Ka’ab beliau berkata: “Demi Allah sesungguhnya aku tahu pada malam bilakah ia, itulah malam yang mana Rasulullah menyuruh kami untuk bangun beribadah, iaitu malam ke 27 Ramadhan”. Dan Ubai berkata lagi: “Melalui tanda-tanda dan alamat yang dikhabarkan oleh Rasulullah kepada kami bahawa matahari yang terbit pada paginya tiada (شعاع) sinarnya.

Namun ramai ulama’ berpendapat bahawa Lailatul Qadar berpindah di antara malam-malam witir tetapi yang ghaib kebanyakannya pada malam ke 27 Ramadhan dan bukanlah suatu yang tepat sekiranya kit menganggap pada malam tersebut sahajalah akan berlaku Lailatul Qadar.

Bacaan Pada Malam Lailatul Qadar
Aisyah RA berkata: “ Wahai Rasulullah sekiranya aku dipertemukan dengan Lailatul Qadar, apakah yang harus aku ucapkan?” Rasulullah bersabda:
(( اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنى))
Maksudnya : “(Ucapkanlah) Wahai Tuhanku sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Pemurah dan suka mengampunkan maka ampunkanlah aku”. (HR: Ahmad dan Tirmizi: Sahih).

Hikmah Disembunyikan Lailatul Qadar
Hikmahnya banyak sama ada diketahui oleh kita atau tidak, antara yang jelas ialah:
i- Sebagai rahmat kepada hamba-hambaNya supaya memperbanyakan amalan ibadah untuk mencari Lailatul Qadar. Jikalau ditentukan pada suatu malam, nescaya mereka hanya bersungguh-sungguhpada malam tersebut sahaja.
ii- Ujian Allah terhadap hamba-hambanya, supaya nyata siapa yang benar-benar ingin mendapatkannya dan nyata siapa yang berolok-olok dan bersikap saambil lewa.

2- BERI’TIKAF
Anatara kelebihan khusus sepuluh terakhir Ramadhan ini ialah digalakkan supaya beri’tikaf di masjid.

Apa itu I’tikaf???
I’tikaf dari segi bahasa: menahan, menetap dan melazimi sesuatu.
Dari segi istilahnya pula: Melazimi oleh seseorang akan masjid tertentu dengan niat. Dan setengah ulama’ menambah: …untuk melakukan ketaatan.
Tujuan ditambah ayat ini adalah untuk member isyarat bahawa hendaklah memulakan ibadah ini dengan niat ikhlas kerana Allah. Bukan dating ke masjid kerana ingin berbual-bual dengan rakan dan bukan semata-mata ingin mengasingkan diri daripada orang lain tetapi semata-mat untuk membuat ketaatan kepada Allah s.w.t.
Hukum Beri’tikaf
Beberapa ulama’ ijma’ menaqalkan bahawa hokumnya adalah sunat dan tidak wajib. Ia akan menjadi wajib apabila dinazarkan.
Kata Ibnu Shihab: “Alangkah peliknya orang-orang Muslimin yang meninggalkan I’tikaf, sedangkan Nabi tidak pernah meninggalkan beri’tikaf semenjak Baginda masuk ke Madinah”.
Aisyah meriwayatkan bahawa: “Nabi beri’tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan sehingga Allah mewafatkan Baginda. Kemudian isteri-isterinya terus beri’tikaf selepasnya”.(HR: Al-Bukhari).

Hikmah Digalakkan Beri’tikaf Pada Sepuluh Akhir Ramadhan:
i- Supaya seorang Muslim lebih terjaga dirinya daripada terlalai dan melakukan larangan Allah s.w.t. Apabila berada di masjid peluang untuk melakukan maksiat adalah kurang dan terhad.
ii- Supaya mudah dan dekat dengan ibadah serta ketaatan.
iii- Mengharapkan supaya bertemu Lailatul Qadar disepuluh akhir Ramadhan.

Penutup :
Sabda Rasulullah s.a.w ketika Baginda menaiki minbar di Madinah:
(( رغم أنف عبد دخل عليه رمضان فلم يغفر له)) صحيح ابن خزيمة، السنن الكبرى للبيهقي
Maksudnya: “Sangat malang orang yang berkesempatan melalui bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosanya”.(HR: Khuzaimah, Albaihaqi).
Akhir kalam, sama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t supaya diberikan kekuatan, taufiq dan hidayah supaya kita semua muslimin dan muslimat dapat mengambil peluang keemasan ini, peluang untuk menggandakan pahala amalan dan peluang untuk mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Mudah-mudahan kita dipertemukan dengan malam bertuah Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan dalam keadaan melakukan ibadah, amal soleh dengan sepenuhnya. InsyaAllah…

Rujukan:
مجالس رمضانية. الدكتور بن فهد العودة. حال السلف في رمضان . الدار الوطن، الرياض. رسالة شهر رمضان المبارك. الدار الوطن، الرياض.
Sepuluh Terakhir Ramadhan: Satu Pesanan.
Oleh: Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain, PPM Madinah 2005.
www.abuanasmadani.com

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online